Thursday 12 February 2015

PERSATUAN PENDUDUK FASA 10

Persatuan ini ditubuhkan hasil inisiatif beberapa penduduk yang mahukan satu ikatan antara penduduk Taman Putri amnya dan keseluruhan penduduk yang menginap di fasa 10 khasnya.

Hasil usaha sama bersama maka tertubuh lah satu persatuan penduduk dibawah nam "PERSATUAN PENDUDUK FASA 10 TAMAN PUTRI".

Beberapa siri mesyurat telah diadakan dan akhir nya pada tanggal 28 September 2014, persatuan ini secara rasmi nya telah berdaftar dengan pejabat pendaftaran persatuan (ROS) dengan number rujukan
PPM-002-01-28092014.


Sementara dari itu, beberapa program telah di usahakan termasuk lah:-

1. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2014 yang mana pihak persatuan dengan berbesar hati menjemput ahli Parlimen kawasan KULAI untuk turut hadir dan secara tidak langsung untuk merasmikan penubuhan persatuan penduduk ini.

"Nak jugak bergambar ngan YB"

Acara Cabutan Bertuah

Bergambar beramai-ramai bersama YB


2. Turut menjalankan aktiviti keagaama seperti yasinan di setiap rumah ahli berdasarkan permintaan setiap tuan rumah.





3. Majlis sambutan Hari Raya korban dimana hasil usaha ahli, kita dapat menjalankan program ini dengan meriah nya. Hasil nya 3 ekor lembu dan seekor kambing untuk program tersebut.


"Tuan punye lembu melawat kawasan"



4. Acara penutup untuk tahun 2014 dimeriahkan lagi dengan program sukaneka dan juga majlis penyampaian sijil untuk anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR, Tahniah untuk anda.
"Anak Sapelah tu"





"Otai masih berbisa"



5. Semoga Tahun 2015 lebih meriah...




No comments:

Post a Comment