Monday 16 February 2015

WAKIL MEMINANG???? 14/2/15

- Ehm Macam mana nak cakap ek...x aleh2, kena jadi wakil meminang, yok kita bantu pasangan yang nak bina masjid ni...Alhamdulillah, semua berjalan lancar.






13 February 2015 Majlis Yasinan DI Rumah EN Fauzi 10/11

-Alhamdulillah, Majlis Yasinan dirumah En Ahmad Fauzi telah berjalan dengan Lancarnya, Berjumpa lagi dirumah Norddin 10/2 pada 28 feb 15
















Thursday 12 February 2015

KETIBAAN KABIN BARU















             
 Persedian sedang giat diadakan untuk menerima kabin persatuan yang 
              dijangka tiba pada sabtu 7 february 2015
















Majlis Yasinan dirumah En Ahzlee -  27/12/2014





















# 7 Feb 15

- Alhamdulillah, berkat kerjasama semua penduduk, sebuah kabin untuk dijadikan sebagai
pejabat untuk persatuan telah berjaya ditempatkan dipadang fasa 10 pada pagi 7hb Feb 2015. Secara tidak langsung kabin ini juga akan befungsi sebagai pusat kegiatan utk fasa 10.
1) Pusat Aktiviti Setempat
2) Pejabat Comunity Police (CP)
3) Bilik Mesyuarat
4) Bilik Gerakan


  







                            Terima Kasih Kepada semua

- Perkara selanjut nya yang dirancang ialah untuk mendapatkan set kelengkapan memasak seperti, periuk, kuali, senduk,besin dan juga kelengkapan seperti khemah dan barang2 asas lain seperti meja dan kerusi untuk kegunaan seluruh ahli persatuan.

- Dekorasi untuk pintu masuk utama ke fasa 10, ini bertujuan untuk meujudkan persekitaran yang cantik dan bersih dan secara tidak langsung menjadi mercu tanda untuk fasa 10 


PERSATUAN PENDUDUK FASA 10

Persatuan ini ditubuhkan hasil inisiatif beberapa penduduk yang mahukan satu ikatan antara penduduk Taman Putri amnya dan keseluruhan penduduk yang menginap di fasa 10 khasnya.

Hasil usaha sama bersama maka tertubuh lah satu persatuan penduduk dibawah nam "PERSATUAN PENDUDUK FASA 10 TAMAN PUTRI".

Beberapa siri mesyurat telah diadakan dan akhir nya pada tanggal 28 September 2014, persatuan ini secara rasmi nya telah berdaftar dengan pejabat pendaftaran persatuan (ROS) dengan number rujukan
PPM-002-01-28092014.


Sementara dari itu, beberapa program telah di usahakan termasuk lah:-

1. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2014 yang mana pihak persatuan dengan berbesar hati menjemput ahli Parlimen kawasan KULAI untuk turut hadir dan secara tidak langsung untuk merasmikan penubuhan persatuan penduduk ini.

"Nak jugak bergambar ngan YB"

Acara Cabutan Bertuah

Bergambar beramai-ramai bersama YB


2. Turut menjalankan aktiviti keagaama seperti yasinan di setiap rumah ahli berdasarkan permintaan setiap tuan rumah.





3. Majlis sambutan Hari Raya korban dimana hasil usaha ahli, kita dapat menjalankan program ini dengan meriah nya. Hasil nya 3 ekor lembu dan seekor kambing untuk program tersebut.


"Tuan punye lembu melawat kawasan"



4. Acara penutup untuk tahun 2014 dimeriahkan lagi dengan program sukaneka dan juga majlis penyampaian sijil untuk anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR, Tahniah untuk anda.
"Anak Sapelah tu"





"Otai masih berbisa"



5. Semoga Tahun 2015 lebih meriah...